Hey guys, this post will be quite intelectual (non-intelectual also can...).
We would like to hear from you What do you think of architecture?
What inspired you?
Whose your favourite architect?
Do you have any specific theory of your own in architecture?
When you started to design, how it is happening?
Do you hate any architects out there? What cause that, the design or theory?
etc......
Let share your thought guys!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Lately i'm thinking architecture are too romantic, too soft and too detail
But this is the only thing that i'm good at..
give me any site and context and for sure immediately i can create a beutiful building(s)!
i am going to change my interest, to go into business and financial, which is so contradict with architecture
but architecture also survive if there is a business isnt it?
i am still inspired with zaha and rem koolhaas architecture...both of them can create such a extraordinary building from nothing...just like from black box come out the rabbit!
after practising for a few years i come up with something that i called UGP (Urban Generator Program). This theory evolve around urbanism and humanism. I shall tell u the details later..but in the mean time i've already set up a practise of architecture - the principle are very simple, architecture at superspeed! the design will come out in one night, very harsh and dynamic, but yet very fragile...
Senibina semua orang tahu bahawa ianya adalah satu disiplin ilmu sains dan seni yang membantu menjanakan sebuah petempatan. Ianya bermula daripada membina suatu ruang yang mempunyai makna terhadap tempat. Pada pendapat aku, senibina bermula dari perancangan penyusunan ruang-ruang yang membentuk tempat. Proses tersebutlah yang paling kritikal dalam disiplin ilmu senibina ini. Ini adalah kerana proses senibina bermula dari pemerhatian--melakarkan--memikirkan--merealisasikan--dan manusia akan tinggal pada tempat yang dibina.
Daripada kajian kes yang aku lakukan, dibuat rumusan, senibina mempunyai pelbagai teori yang didukung dalam mempertahankan rekabentuk sesuatu senibina. Sejarah telah menceritakan tentang bagaimana senibina moden dibentuk kerana fenomena ketabsuban masyarakat terhadap rupabentuk yang cantik-cantik. Penggiat senibina moden merasakan cantik itu merupakan satu ilusi visual bahkan kepentingan sebuah senibina itu bukan hanya sekadar rupabentuk. Kecantikan suatu senibina hadir apabila ekspresi keseluruhan terhadap ruang lingkup rekabentuk dapat menafaatkan manusia yang tinggal disitu. Oleh demikian, bagi pendapat aku, senibina merupakan ikhtiar untuk menghasilkan unit-unit ruang dalam makna sebuah tempat.
Teori terhadap pendekatan rekabentuk senibina yang akan aku bangunkan adalah pendekatan senibina yang berteraskan evolusi senibina petempatan di Malaysia. Aku bukannya anti-pemodenan mahupun anti-fesyen senibina. Aku duduk di bumi Malaysia. Buat apa aku nak hasilkan senibina yang menjadi fesyen di eropah mahupun negara asing kini. Cuaca mukabumi dorang pun tak sama dengan cuaca di negara kita. Baik kiranya aku menyerap unsur senibina tempatan yang sudah tentunya telah merumuskan penyelesaian masalah terhadap sistem budaya dan adat resam, serta iklim.
Rupabentuk bukan segalanya yang memberi makna terhadap senibina. Senibina adalah pendekatan sains dan seni. Le Corbusier ada menulis tentang bagaimana produktiviti perkakasan mesin jauh lebih maju daripada produktiviti senibina. Ini adalah kerana permasalahan perkakasan mesin terus direkodkan untuk mendapatkan rekabentuk yang lebih bagus untuk keperluan manusia. Jadinya mengapa senibina moden pada era kini sering memperjuangkan rupa bentuk bangunan? Tak ke isu ini sama seperti fenomena yang berlaku ketika eropah dibelenggu dengan rupabentuk senibina yang mengaggungkan kebanggaan terhadap bangunan yang menunjukkan kekuasaan yang dimiliki sebagai tanda si pemilik.
Pada pendapat aku lagi, senibina seharusnya menjadikan sejarah sebagai sumber dalam menghasilkan suatu senibina yang signifikan. Kerana sejarah menceritakan kejayaan dan kemusnahan. Sebagai seorang arkitek adalah merugikan tidak mengambil ikhtibar dari sumber sejarah. Tanpa sejarah, arkitek itu umpama katak di dalam tempurung. Senibina yang dihasilkan hanya berada dalam lingkungan tempurung itu sahaja. Walhal di luar sana terdapat berjuta petunjuk yang mampu menghasilkan suatu senibina. Apabila berbantu sejarah, persis terhadap kesilapan pasti dapat dibendung. "Senibina adalah suatu disiplin ilmu yang tak terjangka". Di tulis oleh Shuib.
wow!!!! hehehe heheheh hahahahah mmg kena la 2-2 bakal akitek ni....in DWI languages..........BOLE berdeBAT...kt parLIMEN....yo
Post a Comment